WELCOME TO THE OFFICIAL WEBSITE OF OTHMAN YEOP ABDULLAH GRADUATE SCHOOL OF BUSINESS (OYAGSB)
W3C | Feedback | Site Map | FAQs | Support | Staff Directory |

Font Size

Cpanel

Pelaksanaan Bantuan Pelajar Pengajian Tinggi (BPPT)

PENGENALAN

  1. Baucer Buku 1Malaysia telah digantikan dengan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT). Tiada lagi penyerahan baucer kepada pelajar seperti tahun-tahun sebelumnya
  2. BPPT bernilai RM250 akan disalurkan kepada pelajar pendidikan tinggi yang layak menerusi KADS1M DEBIT Bank Rakyat

KRITERIA KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BPPT;
  3. Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif pada tarikh ditetapkan semasa pengumpulan data pelajar;
  4. Sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus professional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia;
  5. Menuntut di IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa; dan
  6. Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separa masa.

TANGGUNGJAWAB IPT

Memastikan data pelajar yang dikemukakan kepada pihak penyelaras adalah lengkap dan tepat:

  1. Nama
  2. No. Kad Pengenalan
  3. Nama Institusi
  4. Taraf Pendidikan

CIRI-CIRI KADS1M DEBIT BANK RAKYAT

  1. Terbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia dari IPTA dan IPTS dalam dan luar negara di bawah seliaan KPT, KPM, KSM, IPG dan lain-lain kementerian yang ditentukan oleh KPDNKK
  2. 3 dalam 1: Kad Debit, Kad ATM dan Kad Diskaun
  3. Berkonsepkan Syariah
  4. Tiada kadar tambahan untuk transaksi luar negara
  5. Notifikasi melalui SMS untuk setiap transaksi debit yang mencurigakan
  6. Transaksi atas talian yang lebih selamat dengan One Time password (OTP)
  7. Tempoh sah KADS1M DEBIT adalah 3 tahun dan perlu diperbaharui untuk tahun berikutnya (jika perlu)

PEMBUKAAN AKAUN OLEH PELAJAR

  1. Setiap pelajar perlu membuka akaun dengan Bank Rakyat
  2. Pelajar yang telah mempunyai akaun dengan Bank Rakyat perlu juga membuka akaun yang baharu
  3. Tiada initial deposit semasa permohonan pembukaan akaun
  4. Yuran tahunan sebanyak RM5 dan perlu dibayar semasa pelajar mengambil kad di cawangan Bank Rakyat
  5. Baki minima dalam akaun RM10 dan akan dikembalikan apabila akaun tersebut ditutup
  6. Bayaran penggantian (replacement) kad sebanyak RM12

PROSES PERMOHONAN

  1. Isi borang e-permohonan di www.bankrakyat.com.my/bppt
  2. Status permohonan akan disahkan melalui email. Setelah permohonan berjaya dilaksanakan, pelajar perlu menunggu email dari Bank Rakyat sebelum pergi ke cawangan bagi pengambilan KADS1M DEBIT
  3. Kunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan untuk pengambilan KADS1M DEBIT
  4. Masukkan NO. PIN yang sebenar semasa proses pengambilan kad
  5. Lengkapkan pendaftaran Perbankan Internet i-Rakyat

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA PENGAMBILAN KADS1M DEBIT

  1. MyKad (Asal & 1 Salinan)
  2. Kad Pelajar (Asal & 1 Salinan)

 

Disediakan oleh: Jabatan Bendahari
Tarikh: 19 Februari 2017

SIARAN MEDIA: PELAKSANAAN BANTUAN PELAJAR PENGAJIAN TINGGI BAGI TAHUN 2017

Postgraduate Talk Series

Aims:

  • Introduce postgraduate students to various research topics.
  • Introduce postgraduate students to various support services i.e. library service.
  • Foster academic engagement and intellectual discussion among the postgraduate students and the faculty members.

 

Poster

Customer Service Beyond Excellence For Services Sector Programme

THE UUM OYAGSB - MPC NATIONAL CUSTOMER CENTRIC ENTERPRISE TRANSFORMATION PROGRAM

The National Customer Centric Enterprise Transformation Program (NCCETP) is a national initiative that was conceptualized, developed and championed by Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business, Universiti Utara Malaysia (UUM OYAGSB) to complement the efforts of the Malaysia Productivity Corporation (MPC). The NCCETP aligns with the national Services Sector Blueprint 2015 and enables the services sector to transform and build a service excellence culture all across the value chain for the competitive edge.

With customers as its core, the NCCETP is a tripartite Industry – University – Government collaboration aimed at developing: service frameworks; employee capabilities; and roadmaps for customer centric organisations to achieve service excellence. Focus areas include:

- Service Agility
- Customer Experience
- Service Leadership
- Service Standards
- Service Audits
- Customer Satisfaction Metrics
- Research

>> Download Programme Brochure <<

footer UUM new2 1 jun 2017

 

You are here: Home Events