PESANAN NAIB CANSELOR KEPADA OYAGSB

MEET N GREET VC

UUM ONLINE: Meet & Greet Session With Vice-Chancellor membuka ruang kepada staf di Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) untuk bertemu dan beramah mesra dengan Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani di Studio OYAGSB, kelmarin.

Dalam pertemuan kira-kira dua jam itu, beliau berpesan supaya OYAGSB bertindak dengan lebih agresif dalam meningkatkan jaringan dengan pihak industri untuk melangkah lebih jauh ke hadapan terutamanya dalam keadaan politik, ekonomi dan COVID-19 yang melanda dunia kini.

“Kita perlu berfikir dengan bijak dan fokus kepada bidang tujahan untuk menembusi pasaran dengan lebih efektif,” katanya.

Pada sesi tersebut, beliau turut melancarkan StrictlyBiz Magazine Online selepas melawat sekitar OYAGSB termasuk WEBEX Class – Online Learning, Postgraduate Room BK 8 and BK 9.

Sementara itu, Dekan OYAGSB, Prof. Dr. Shahizan Hassan berbesar hati menerima lawatan dariapda Naib Canselor kerana membolehkan staf OYAGSB untuk saling bertukar idea dan pandangan serta memberikan cadangan demi penambahbaikan sekolah pasca siswazah itu.

“Usaha ini adalah sebagai satu platform untuk menjelaskan hala tuju dan perkembangan semasa yang dicapai selaras dengan matlamat universiti, selain memberi peluang kepada staf OYAGSB untuk bersemuka dengan Naib Canselor,” katanya.

Print