Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business

PENCAPAIAN OYAGSB TARIK MINAT ALUMNI MBA UNTUK IKUTI PROGRAM DBA

image005

 

UUM ONLINE: Perak – Seramai 45 alumni Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) UUM hadir memeriahkan majlis perjumpaan semula yang diadakan di Hotel Syuen, Ipoh pada Februari lalu.

Penyelaras Program DBA OYAGSB, Dr. Gunalan Nadarajah berkata, kesemua alumni itu merupakan pelajar di bawah kohort hasil kerjasama UUM dengan Angkasa Training Centre (ATC) dan Suply Chain Professional Academy (SCPA).

Menurutnya, hasil kerjasama itu telah Berjaya menghasilkan seramai 254 graduan sejak 2011 sehingga 2015.

“Majlis ini bertujuan menghimpunkan semula pelajar di bawah kohort tersebut dan salah satu langkah OYAGSB untuk mempromosikan program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) kepada mereka.

“Hasil pertemuan ini,  rata-rata daripada mereka yang hadir menyatakan minat dengan program yang ditawarkan selepas mengambil kira dua akreditasi antarabangsa yang telah dicapai UUM iaitu AMBA dan AACSB,” katanya yang turut membentangkan struktur program DBA.

Dr Gunalan berkata, dengan pengiktirafan itu juga, OYAGSB dilihat sebagai satu pilihan terbaik dalam merealisasikan impian pelajar memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) mereka dalam bidang pentadbiran perniagaan. 

Tambahnya lagi, program seperti itu diharap dapat menjadi platform kepada bekas pelajar untuk terus berhubung dan menjadi medan percambahan idea dalam membantu OYAGSB dan UUM dalam merealisasikan agenda utama universiti dengan kerjasama semua alumni.

OYAGSB SINTOK
Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB)
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman Malaysia
TEL: +604 928 7130/7113/7120/7121
FAX: +604 928 7160
EMAIL: oyagsb@uum.edu.my

OYAGSB KUALA LUMPUR
Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB)
Universiti Utara Malaysia (Kampus Kuala Lumpur)
27-1B Tingkat 1, Wisma Sri Muda (UUMKL Menara 2)
Jalan Raja Muda Abd Aziz, Kampung Baru
50300 Kuala Lumpur Malaysia
TEL: +604-928 7192/7194

Main Menu